About Us
AIMI MANAGEMENT merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan latihan dalam bidang Pengurusan dan Kemahiran Keusahawanan. Di bawah naungan AIMI MANAGEMENT terdapat beberapa anak syarikat yang mengendalikan pelbagai bidang perniagaan seperti, AIMI ACADEMY: menyediakan kursus latihan vokasional dan pengeluar rangkaian produk kecantikan AIMI, BETTER GENERATION AND NETWORK: pembekal rangkaian produk IT dan telekomunikasi dan pengendali latihan kemahiran teknologi maklumat.
Penggerak utama syarikat AIMI MANAGEMENT ialah En.Omar bin Taib yang berkelulusan MBA serta berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang latihan dan perniagaan, beliau mendapat sokongan daripada isteri beliau, PN.Azizah Omar, anak-anak serta tenaga pengajar yang berkemahiran dan pengalaman dalam bidang kemahiran dan perniagaan.
| MAKLUMAT SYARIKAT |
| NAMA SYARIKAT |
AIMI MANAGEMENT |
| TARIKH PENUBUHAN |
29 JULAI 2002 |
| ALAMAT IBU PEJABAT |
D-1-12, SETIAWANGSA BUSINESS SUITE,
TAMAN SETIAWANGSA, JALAN SETIAWANGSA 11,
54200 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-42529566/019-6461822/019-2230985 |
| CAWANGAN KERAMAT PERMAI KL |
NO. 3-1, TINGKAT 1, JALAN 1A/4B,
AU1 KERAMAT PERMAI,
54200 KUALA LUMPUR. |
| CAWANGAN TAMAN KERAMAT AU2 |
NO 7A, TINGKAT 1, JALAN AU2A/17,
TAMAN KERAMAT, 54200 KUALA LUMPUR. |
VISI AIMI ACADEMY
Membangun Modal insan berketrampilan dan bercirikan keusahawanan
MISI
Menyediakan program latihan keusahawanan dan kemahiran yang berkuali dan relevan
Membimbing dan mendidik golongan belia dengan nilai-nilai keusahawanan dan kemahiran bagi menjana pendapatan
Mengutamakan dasar-dasar kenegaraan melalui penerapan rohani dalam sesi pembelajaran
OBJEKTIF
- Melahir dan menambahkan bilangan usahawan salun dan kecantikan Bumiputra yang tulen melalui kaedah penerapan nilai dan kualiti usahawan dan bimbingan oleh perunding/ usahawan yang sudah berjaya dalam bidang yang sama.
-
Meningkatkan keupayaan pengurus salun tradisional supaya menjadi pengurus yang lebih berskala besar dengan kelebihan dari segi kecekapan dan keberkesanan.
- Membimbing dan membentuk lepasan IPTA/ IPTS yang berminat menjadi usahawan salun yang berjaya.
- Menerapkan konsep dan kualiti kritikal untuk menjadi usahawan salun rambut dan kecantikan yang berjaya kepada peserta.
- Merealisasikan konsep mentor-mantee di antara Aimi Management yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun
ARAH TUJU AIMI MANAGEMENT
- Sejajar dengan matlamat kerajaan menggalakkan kewujudan syarikat francais bumiputera untuk membimbing usahawan usahawan muda, Aimi Management telah menyahut cabaran ini dengan mewujudkan rangkaian franscais AIMI HAIR AND BEAUTY SALOON di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, bagi membantu para pelatih membuka perniagaan mereka sendiri setelah tamat pengajian.
-
Melalui program francais ini para peserta akan mendapat bimbingan daripada tenaga pakar di AIMI Academy dalam menentukan lokasi perniagaan yang sesuai dan target pasaran untuk perniagaan mereka. Antara kelebihan yang bakal di peroleh oleh peserta francais ini adalah:
-
Mendapat bimbingan perniagaan melalui konsep mentor-mentee daripada Aimi Academy
-
Berpeluang mendapat latihan dan kepakaran daripada syarikat di bawah kerjasama AIMI ACADEMY
-
Menggunakan produk keluaran AIMI Academy dan produk-produk kecantikan di bawah kerjasama AIMI ACADEMY
-
AIMI ACADEMY akan menempatkan peserta yang sedang menjalani latihan praktikal (on-job-training) di salun francais AIMI untuk membantu menguruskan perniagaan mereka. |
|